Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata : Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya 'Hadaiq al-Anwar' :-
- Melaksanakan perintah Allah
- Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w
- Bersamaan dengan selawat para malaikat
- Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan.
- Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat
- Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat
- Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat
- Segala doa akan diperkenankan oleh Allah
- Mendapat syafaat daripada rasulullah s.a.w
- Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban
- Allah akan menutupi segala dukacita
- Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah S.A.W
- Mendapat darjat al-Sidq
- Salam sejahtera pada hari kiamat
- Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
- Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga
- Salam sejahtera pada huru hara kiamat
- Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
- Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga
- Salam sejahtera pada huru-hara kiamat
- Rasulullah s.a.w akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
- Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
- Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
- Tidak akan merasai fakir
- Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil
- Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w kepada yang berselawat
- Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
- Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasulnya atau daripada majlis lagha
- Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut ( di dalam doa ), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
- Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
- Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
- Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah
- Mendapat keberkatan daripada Allah
- Mendapat kesempurnaan iman
- Kasih dan cinta Rasulullah s.a.w
- Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah
- Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w secara langsung
- Teguh pendirian dengan kebenaran.
- Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan diakhirat.
- Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan Murabbi.
0 comments:
Post a Comment