Friday 10 October 2014

ANTARA KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

 

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata : Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya 'Hadaiq al-Anwar' :-

  1. Melaksanakan perintah Allah
  2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w
  3. Bersamaan dengan selawat para malaikat
  4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan.
  5. Dikurniakan  oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat
  6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat
  7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah
  9. Mendapat syafaat daripada rasulullah s.a.w
  10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban
  11. Allah akan menutupi segala dukacita
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah S.A.W
  13. Mendapat darjat al-Sidq
  14. Salam sejahtera pada hari kiamat
  15. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
  16. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga
  17. Salam sejahtera pada huru hara kiamat
  18. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
  19. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga
  20. Salam sejahtera pada huru-hara kiamat
  21. Rasulullah s.a.w akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
  22. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
  23. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
  24. Tidak akan merasai fakir
  25. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil
  26. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w kepada yang berselawat
  27. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
  28. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasulnya atau daripada majlis lagha
  29. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut ( di dalam doa ), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  30. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
  31. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
  32. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah
  33. Mendapat keberkatan daripada Allah
  34. Mendapat kesempurnaan iman
  35. Kasih dan cinta Rasulullah s.a.w
  36. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah
  37. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w secara langsung
  38. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  39. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan diakhirat.
  40. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan Murabbi.

0 comments:

Post a Comment