Wednesday 22 October 2014

PERHIASAN DAN SOLEKAN PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W



Di zaman Rasulullah SAW telah pun wujud beberapa alat berhias dan alat solek yang sering digunakan oleh wanita dalam kehidupan seharian. Namun solekan dan perhiasan yang digunakan adalah pada kadar yang minimum sehingga perbuatan- perbuatan tersebut tidak dilarang oleh baginda.

Antara contoh perhiasan dan solekan yang wujud di zaman nabi SAW ialah ;

1.  Pakaian yang cantik

     Menurut pandangan ulama selain daripada muka dan tangan, pakaian juga merupakan perhiasan yang dibenarkan dalam Islam.

Ummu Athiyah menceritakan bahawa kami dilarang untuk berkabung terhadap mayat suami iaitu selama empat bulan sepuluh hari. Kami tidak dibenarkan mencelak, berwangi wangian dan memakai pakaian bercelup.  
                                                                                  ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Hadis ini menunjukkan bahawa pakaian yang cantik boleh dipakai kecuali ketika dalam waktu iddah kematian suami. Begitu juga, pakaian sutera dibenarkan bagi wanita.

2. Inai
    Pemakaian inai bagi perempuan adalah sunat.

3.  Cincin
     Ibnu Abbas berpandangan bahawa ayat yang mengharuskan wanita menampakkan " apa-apa yang biasa dilihat" itu juga termasuk celak dan cincin. Pandangan yang sama juga diriwayatkan daripada Anas bin Malik dan Aisyah r.a

4. Bedak dan Pewarna Pipi

     Alat solek pada bahagian muka seperti bedak dan pewarna pipi juga terdapat di zaman Nabi SAW. Alat solek tersebut dibenarkan pada kadar biasa dan tidak melampaui batas sehingga menimbulkan fitnah.

5.  Celak

     Dr Abdul Karim Zaidan dalam bukunya al Mufassal fi Ahkamil al Marah Wal al Bait al Muslim menjelaskan hukum memakai celak dan solekan pada bahagian mata yang tidak mengubah secara kekal serta tidak keterlaluan adalah diharuskan

     Pendapat ini juga bertepatan dengan pandangan Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya, ibnu Abbas, Qatadah, al Masuri dan Ibnu Makhramah yang menerangkan bahawa perhiasan dan solekan yang dibenarkan bagi wanita antaranya adalah celak.

6.  Gelang, Subang dan Rantai

     Perhiasan seperti gelang, subang dan rantai juga terdapat di zaman Nabi SAW. Perhiasan ini dibolehkan kepada wanita pada kadar minimum. Namun, hukum sengaja menampakkannya adalah haram kerana ia telah melepasi batasan aurat dan perhiasan yang dibenarkan.

     Hadis berikut menjelaskan bahawa perhiasan seperti gelang, subang dan rantai dipakai oleh kaum wanita Muslimah di zaman Nabi.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi SAW memerintahkan untuk bersedekah, maka aku melihat para wanita menghulurkan tangan ke telinga dan leher mereka untuk mengeluarkan subang dan rantai bagi tujuan bersedekah.
           ( Riwayat Bukhari )

7.  Pewarna tapak tangan

      Mengikut pandangan ulama antaranya , Syeikh Mujahid menjelaskan bahawa antara solekan lain bagi wanita yang dibenarkan syarak ialah ikhtidad. Ikhtidad ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan oleh wanita pada tapak tangan ketika zaman Rasulullah.

     Abu Hurairah r.a juga menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda

"Wangi wangian lelaki adalah yang kuat baunya dan tiada warnanya. Dan perhiasan wanita ialah yang nampak warnanya dan tiada baunya"
( Riwayat Tarmizi)

PANDUAN KECANTIKAN DALAM ISLAM


1.  Mengikut aturan agama
2.  Tidak mensyirikkan Allah
3.  Tidak menyerupai agama lain
4.  Tidak menyerupai lelaki
5.  Produk yang suci dan bersih
6.  Bahan kimia yang selamat
7.  Tidak menghalang air sampai kekulit
8.  Tidak mengubah ciptaan Allah
9.  Tidak kekal
10.Tidak keterlaluan
11.Tidak mendatangkan riak
12.Tidak bertentangan dengan fitrah
13.Bukan meraih populariti
14.Mendapat izin wali atau suami

Bersambung pada entri seterusnya dengan tajuk solekan muka. In sha Allah

0 comments:

Post a Comment